Khalid Ibrahim Kini Dipecat Dari PKR
PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat serta merta sebagai ahli hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) di Ibu Pejabat Keadilan di sini, sebentar tadi.
"Dengan pemecatan itu, Abdul khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun
kekal sebagai Menteri Besar," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk
Dr Tan kee Kwong pada sidang media di sini.
"Dengan pemecatan itu, Abdul khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun
kekal sebagai Menteri Besar," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk
Dr Tan kee Kwong pada sidang media di sini.
Beliau berkata, tindakan disiplin itu diambil berikutan notis peringatan
yang dihantar Abdul Khalid menerusi peguamnya, Edmond Bon, pagi tadi.
Antara isi kandungan notis peringatan berkenaan adalah MPP tidak boleh
membincangkan isu jawatan MB sehingga Lembaga Disiplin selesai
menjalankan siasatan termasuk selepas kes pendengaran Abdul Khalid pada
15 Ogos seperti yang dipohonnya, semalam. - Berita Harian
Berikut adalah kenyataan parti keadilan dari pemecatan tersebut ;
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghantar notis
peringatan kepada Lembaga Disiplin PKR pagi tadi membantah perbincangan
atas kesnya oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang ini.
Laporan akhbar online melaporkan notis tersebut dihantar peguamnya
Edmond Bon kepada Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong
sebelum sesi pendengaran terhadapnya dijalankan.
Menurut notis itu, mesyuarat tersebut tidak boleh diadakan selagi
lembaga disiplin belum selesai menjalankan penyiasatan ke atasnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu juga mahu Lembaga
Disiplin mendengar penjelasan daripadanya pada 15 Ogos, seperti yang
diminta dalam surat yang dihantar Setiausaha Politiknya, Mustafa Mohd
Talib kepada Lembaga Disiplin semalam.
Akhbar juga melaporkan bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin
berkata, Lembaga Disiplin tidak boleh membincangkan perkara itu kerana
sebahagian ahlinya berkepentingan dalam kes itu kerana mereka boleh
menggantikannya.
Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MPP dijadualkan
bermesyuarat jam 3 petang ini untuk membincangkan kedudukan menteri
besar yang hendak disingkirkan itu.
Khalid bertegas mengatakan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga
Disiplin pada 5 Ogos kerana ingkar kehendak parti supaya melepaskan
jawatan adalah “cacat” kerana tiada maklumat jelas dan spesifik tentang
pelanggaran undang-undang atau perlembagaan parti yang dilakukannya.
“Tanpa butir tersebut saya tidak dapat membela diri saya dengan
efektif,” kata menteri besar dua penggal yang hendak digantikan oleh PKR
dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam suratnya semalam, Khalid juga minta diberitahu empat perkara iaitu
nama ahli Lembaga Disiplin yang akan bersidang dalam sesi perbicaraan,
prosedur yang akan diterima pakai semasa sesi itu, sama ada beliau boleh
diwakili peguam dan membawa pegawainya bersama.
Khalid juga menyatakan kekesalan kerana notis surat tunjuk sebab itu
mengaitkan beliau dengan lima perkara lain yang didakwanya tidak relevan
dengan bidang kuasa disiplin parti.
Beliau menegaskan PKR hanya boleh menyoalnya berkaitan parti tetapi
bukan isu lain yang berkaitan kuasa eksekutifnya di Selangor.
Antara perkara yang dibangkitkan dalam surat tunjuk sebab itu adalah
penstrukturan semula air Selangor, elaun baru menteri besar Selangor,
kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman Bank Islam dan cadangan
pembinaan Lebuhraya Kidex. – The malaysian insider.
No comments:
Post a Comment